Komposisi Sisa bauksit

Antara bahan sisa bauksit selepas menghabiskan proses ekstrasi komponen aluminium adalah baki oksida logam yang tidak bertindakbalas dalam proses kimia dahulunya. Peratus kandungan oksida yang dihasilkan daripada industri alumina tertentu bergantung pada kualiti dan jenis bijih bauksit dan keadan pengekstrakan yang berbeza. Rantaian komposisi unsur-unsur boleh berbeza secara meluas tetapi biasanya: Fe2O3 5 - 60%, Al2O3 5 - 30%, TiO2 0.3 - 15%, CaO 2 - 14%, SiO2 3 - 50% and Na2O 1 - 10%.

Objektif proses Bayer ini terutamanya menumpu pada pengeluaran dan ekstrasi sebanyak mungkin komponen yang mengandungi aluminium secara kaedah yang ekonomikal. Kebanyakkannya, bahan daripada sisa bauksit mencerminkan kehadiran komponen bukan aluminium, dengan pengecualian sebahagian daripada komponen silikon: hablur kristal silika (kuarza) tidak akan bertindak-balas tetapi sebahagian kecil mineral silika yang masih kekal, sering diistilahkan, silika reaktif, akan bertindak balas di bawah syarat-syarat pengekstrakan tertentu dan kemudian menghasilkan produk sampingan natrium aluminium silikat.

Dari segi kajian mineral, komponen yang hadir termasuk: Sodalit 3Na2O.3Al2O3.6SiO2.Na2SO4) 4 - 40%; Aluminous-gothit (aluminium ferum oksida) 10 - 30%; Hematit (ferum oksida) 10 - 30%; Silika, kristal & amorfus 5 - 20%; Trikalsium aluminat (3CaO.Al2O3.6H2O) 2 - 20%; Bohmit (AlO(OH)) 0 - 20%; Titanium Dioksida 2 - 15%; Muskovit (K2O.3Al2O3. 6SiO2.2H2O) 0 - 15%; Kalsium karbonat 2 - 10%; Gibbsit (Al(OH)3) 0 - 5%; Kaolinit (Al2O3. 2SiO2.2H2O) 0 - 5%.